Dalam memberi komen suatu berita yang telah dikeluarkan di dalam blog Biaqpila: GADIS BAWA BALIK TEMAN TIDUR KANTOI saya telah menulis begini:
Seronok membaca kesah malang gadis ini kan? Apakah sepatutnya reaksi kita? Nak cemuh dia? Nak kutuk? Nak diseranahkankah dia? Apa lagi kita nak buat? Bila dah dikutuk habis-habisan dirinya itu, apakah yang kita rasa? Puas? Puas apa? Puas hati? Puas sebab sudah menjalankan tanggungjawab? Atau puas sebab dapat membaca cerita panas? Dapat memuaskan nafsu sendiri kerana memang sukakan cerita-cerita yang semacam itu. Malah kalau tidak keluar cerita ini di blog ini pun anda pasti mencarinya di dalam blog-blog lain, Facebook, atau beribu-ribu lagi pautan yang mengalirkan cerita ini!
Sebenarnya anda mengutuk dan menghina orang kerana hendak menutup rasa hina pada diri sendiri. Perangai kita ni sama saja dengan perangai gadis yang diceritakan itu. Si gadis melakukan perbuatan itu. Kita yang tumpang baca, tumpang dengar malah ada yang bertuah dapat tumpang tengok lak lagi, akan mendapat dosanya juga. Islam dah kata jangan buka aib orang tapi kita dok besar-besarkan lagi cerita-cerita macam ini. Kalau kita berakal dan panjang pula akal kita, kita tentu tak siarkan cerita ini. Tujuan Islam mengenakan larangan ini kerana sudah jelas ia akan memporak-perandakan lagi kehidupan ummat!
Janganlah kata dengan menyiarkan cerita ini ia akan memberi kesedaran kepada orang lain. Kalau begitulah tujuannya, kita jangan sebut nama orangnya, jangan sebut nama kampungnya, jangan sebut nama negerinya. Pendek kata, jangan ada rujukan yang membolehkan orang lain yang tidak berkenaan menjejak si pelaku dan kampung halamannya.
Jelas sekali bila orang tahu nama si pelaku, orang akan tahu dia anak siapa, siapa adik beradiknya, siapa datuk nenek dan saudara maranya! Baguskah itu? Islam tidak sekali-kali mahu perkara ini berlaku. Bila nama kampung pula disebut, satu kampung akan tebal muka. Orang-orang yang tidak ada kena mengena dalam hal itu pun akan turut merasa malu kerana orang-orang yang suka mentertawakan nasib malang orang akan mendapat hiburan kelas pertama bila mendapat berita ini! Begitulah sekali hitamnya hati manusia yang menyebabkan Allah menurunkan agama Islam. Namun ramai yang mengaku Islam tetapi berkelakuan sebaliknya!
Ustaz-ustaz yang bijaksana bila mahu menceritakan semula kisah seperti ini kepada makmum-makmun di masjid-masjid atau surau-surau sebagai tauladan dan sempadan akan menapis sendiri cerita itu. Mereka hanya menyebut "...pernah terjadi di suatu masa..." Tidak perlu sebut nama, sebut kampung atau apa-apa reference. Memadailah itu. Jika ada yang teringin tahu lebih jauh, ingatlah, itu adalah bisikan syaitan supaya dapat memporakperandakan kehidupan dan amalan anak cucu nabi Adam!
Jika kita prihatin dan sama susah hati dengan masalah moral anak-anak muslimin dan muslimat di negara kita ini kita janganlah menambahparahkan keadaan. Dengan menyebarkan berita ini, siap dengan gambarnya sekali bukanlah langkah yang bijak. Cuba fikir panjang-panjang dan timbangkan masak-masak wajar atau tidaknya cerita ini disebarkan. Yang paling menyedihkan anggota pihak berkuasa yang mengambil bahagian dalam penangkapan itu memanaskan cerita lagi dengan memberi maklumat konon dapat rampas seluar dalam sekali!
Sedih betul bila saya membaca kesah ini. Baik yang buat maksiat, yang menangkapnya, yang menyebarnya dan yang membacanya termasuk saya semuanya mendapat habuan! Bak kata bidalan Melayu, "Seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit." Kita tak boleh kata kalau kita mengutuk perlakuan budak itu maka kita sudah melakukan tanggungjawab Islam kita. Itu hanya secebis dari perkara yang kita boleh buat. Perkara yang lebih besar lagi kita masih gagal melaksanakannya. Terlalu banyak yang kita telah gagal laksanakan. Gadis itu hanya menjadi mangsa disebabkan oleh kegagalan kita. Tetapi oleh kerana kita memang jenis yang tidak akan mengaku akan kelemahan kita, tidak mahu bertanggungjawab maka kita alihkan kesalahan itu kepada gadis dan pasangannya itu sahaja. Maka kita rasa kita sudah dapat melepaskan diri!
Beginilah nasib kita umat Islam di waktu ini. Malang semalang-malangnya! Oleh itu hairankah kita di zaman serba canggih dan maju ini, di mana peluang menyebarkan syiar Islam dan menunjukkan kehebatan Islam terbuka luas tetapi tidak ramai orang memeluk Islam? Orang-orang Islam yang ada inilah orang-orang Islam turun temurun, bukan Malah ramai yang memaki hamun, menghina dan menghitamkan Islam dan umatnya? Di manakah salahnya? Tidakkah kita telah sama-sama berdosa kerana sama-sama menjadi penyebab mengapa orang-orang kafir tidak berminat mendekati Islam? Mereka tak nampak hebatnya Islam (melalui cara kehidupan orang-orang Islam). Kerana kita yang membuatkan mereka tawar hati dan mentertawakan Islam dan penganut-penganutnya!
Umat Islam pernah cemerlang di suatu masa dahulu. Mengapa? Kerana khalifah-khalifahnya bijak dan cerdik. Alim ulama'nya betul-betul menghayati Islam. Tetapi sekarang, Islam kita cetek sekali. Kita sendiri tidak mengenali Islam. Kita ikut rasa sahaja, bukan apa yang diajarkan di dalam al-Qur'an atau hadis nabi. Akibatnya, macam sekaranglah. Kita menjadi rakyat kelas kedua di tanah air sendiri. Kita sedarkah atau tidak tentang kenyataan ini? Kita hanya boleh bermegah kerana kita ramai, ada sultan, ada raja, ada menteri besar, ada ketua menteri dan sebagainya. Tapi dari segi ekonomi, dari segi kualiti hidup, malah dari segi kerohanian pun kita belum boleh berbangga. Tidakkah kita berasa ngilu apabila membaca kisah-kisah ngeri di muka-muka hadapan akhbar utama negara tentang perkara-perkara yang dahsyat-dahsyat yang berlaku saban hari di negara ini? Siapakah pelakunya kalau bukan orang-orang Islam sendiri! (Tetapi bila sudah sampai pada had jenayah berat seperti ini, ia tidaklah boleh lagi disorok!)
Di dalam kisah ini, saya rasa bukan gadis dan teman lelakinya sahaja yang bersalah tetapi semua orang Islam bersalah! Malah dalam kes-kes yang serupa ini, kita semua sebenarnya bersalah! Tetapi secara tak langsung. Memang ramai dari kita tidak menyukai maksiat seperti itu berlaku. Kita sedar perkara itu berdosa. Tetapi memadaikah kita hanya membenci dan mencemuh? Sedangkan perkara ini sudah menular begitu teruk sekali! Ada cara untuk membendungnya dan kita boleh buat tetapi kita tidak buat!
Pinggiran Seri Wawasan
Tuesday, July 5, 2011
Sunday, July 3, 2011
Untuk Orang-orang Islam - Menguatkan Iman Dan Kesedaran
Bagi seorang mukmin yang sebenar, keinginan hidup tenang di dunia dan mengidamkan tempat yang selamat di akhirat memanglah menjadi matlamat kehidupan mereka. Untuk menuju ke arah ini kekuatan iman mereka adalah amat penting.
Tetapi di zaman ini cabaran terhadap kekuatan iman ini amat besar. Mukmin diasak dari semua sudut untuk melemahkan iman mereka. Bukan sahaja ancaman dari musuh Islam sahaja tetapi ancaman juga datang dari orang-orang yang mengaku penganut Islam. Selain dari itu terdapat pula orang-orang Islam yang agak jahil atau tidak kisah yang mengamalkan ajaran Islam secara sambil lewa sahaja dan mahukan orang Islam lain mengikut cara mereka.
Ini semua memberi tekanan yang amat hebat terhadap individu Islam yang amat menekankan keluhuran Islam di dalam kehidupan sehariannya. Selalunya keadaan ini menghasilkan konflik; dengan orang di sekeliling, sahabat handai, bahkan ahli keluarga dan kerap juga di dalam diri mereka sendiri. Memang berat dugaan yang dihadapi oleh mukmin yang benar-benar ingin hidup di dalam lingkungan keredhaan Allah.
Namun begitu nasib orang-orang mukmin masih lagi amat baik kerana di dalam 'turmoil' yang dihadapi oleh mukmin bersih ini, terdapat insan-insan yang amat kuat semangat mereka. Mereka berjuang mempertahankan kebenaran Islam berpuluh-puluh tahun lamanya. Sekarang dengan segala ilmu dan pengalaman yang ada, mereka telah keluar menyerang balik pendapat-pendapat yang mencelarukan kefahaman Islam orang-orang yang lemah iman mereka. Akibatnya sekarang terutamanya di Eropah, orang Islam telah mendapat kekuatan baru bagi menghadapi kehidupan yang amat bebas yang amat mencabar orang-orang mukmin di sana. Bahkan orang-orang Kristian dan Yahudi yang sebenar, yang kuat iman juga telah mendekati pergerakan saudara-saudara Islam ini kerana mereka tidak memusuhi penganut-penganut agama itu. Malahan mereka mempertahankan saudara-saudara al-Kitab itu. Dengan ini pergerakan Islam itu telah menjadi semakin popular dan bertambah berkembang. Ini semua menguntungkan orang-orang Islam dan juga orang Kristian dan Yahudi iaitu ahli al-Kitab.
Di sebaliknya musuh-musuh Islam sudah semakin lemas, golongan Darwin, atheis, scientology, bebas dan sebagainya semakin lemas dan terdesak. Mereka telah menyerang pejuang-pejuang Islam ini dengan berbagai gelaran dan cemuhan yang kebanyakannya bersifat amatur dan kebudak-budakan. Sebenarnya mereka tidak ada hujah untuk digunakan bagi menyerang pergerakan Islam itu tetapi dek hitamnya hati mereka, mereka gunakan apa sahaja perkataan yang mereka rasa amat berkesan untuk menjatuhkan pergerakan ini padahal bila kita membacanya nyata sekali mereka amat terdesak dan ketakutan. Kumpulan mereka semakin mengecil. Kalau dulu mereka gelak-gelak dan mengutuk habis akan Islam dan penganutnya, sekarang keadaan sudah terbalik, mereka pula terhimpit dan terpaksa mempertahankan diri dengan apa sahaja cara dan keupayaan. Tapi jelas sekali, walau apa sahaja hujah yang mereka keluarkan tetapi yang nyata semuanya sudah tidak boleh digunakan lagi, sudah tidak relevan. Dengan kemajuan sains, dengan banyak penemuan sejarah, arkeologi, hidupan purba dan sebagainya yang ditemui maka semakin terserlah kebenaran fakta yang tercatit dalam al-Qur'an. Puak-puak yang memusuhi Islam semakin tidak ada peluru lagi untuk ditembakkan ke arah Islam. Orang-orang yang dahulunya terpengaruh dengan omongan mereka sekarang beransur-ansur meninggalkan mereka. Mereka terpekik-pekik di dalam gua mereka tetapi tidak ada siapa lagi yang tertarik dengan dongengan mereka. "Ramai orang boleh ditipu dalam satu-satu masa tetapi tidak ramai yang boleh ditipu sepanjang masa!" Begitulah lebih kurang falsafah yang selalu diutarakan oleh cerdik pandai mengenai keadaan yang seperti ini.
Jadi, pekerjaan saudara-saudara Islam kita ini, yang 'dedicate'kan kehidupan mereka hanya untuk menegakkan syi'ar Islam adalah amat baik sekali dan kita sebagai mukmin yang perihatin patut menyanjung dan membantu tugas mereka itu. Musuh-musuh Islam memang tidak senang hidup bila melihat kebangkitan pasukan ini yang mempertahankan Islam dan agama-agama Allah yang lain dan disamping itu mereka membogelkan dakyah buruk, busuk dan bohong dari pihak-pihak yang benci sangat dengan Islam itu.
Kita tidak perlu melenting dan bertindak melulu untuk melepaskan geram terhadap puak-puak yang memusuhi Islam dengan secara yang kebudak-budakan atau biadap. Kita kena mempertahankan Islam dengan cara Islam! Seperti mana cara nabi besar junjungan kita berhadapan dengan puak-puak yang belum mengenali Islam. Sebelum didakwah oleh nabi mereka amat keras dan angkuh menolak Islam. Tetapi bila sudah didedahkan kepada kebenaran Islam, mereka terus memeluknya. Orang Islam berperang hanya untuk mempertahankan diri dan harta bendanya. Nabi tidak pernah menghantarkan bala tentera untuk saja-saja menakluk sesuatu kaum atau negara. Baginda menghantar utusan dan menjemput pemerintah tempat-tempat itu untuk menerima Islam atau membenarkan pendakwah Islam berdakwah. Itu sahaja. Tetapi bila pendakwah-pendakwah itu disakiti atau dibunuh dengan kejam, barulah baginda menghantar tentera Islam untuk menyelamatkan orang-orang Islam yang masih ada daan menegakkkan keadilan. Itu sahaja.
Kita anggaplah mereka-mereka yang mencemuh Islam itu sebagai orang-orang yang masih belum bertemu Islam dan cahaya kebenaran. Kita kasihani mereka. Mereka selama ini hanya mendengar tentang Islam dari jauh, sayup-sayup sahaja - banyak dari fakta yang benar hilang dalam hembusan angin, mereka mengenali Islam melalui orang-orang yang sengaja memfitnah Islam dan dengan memerhati tingkah laku orang Islam yang sudah terpesong dari ajaran Islam. Jika mereka ini kita dekati dengan roh Islam yang sebenarnya, secara profesional, lengkap dengan fakta dan bukti-bukti yang jelas dan tidak dapat dipertikaikan lagi, secara rasional, secara terhormat, secara tenang dan sabar, dengan ucapan-ucapan yang sedap dan manis didengar, berkemungkinan besar mereka-mereka itu akan menerima Islam dengan amat bersyukur sekali. Kesalahan akan jatuh ke atas bahu kita jika tindak tanduk kita membuatkan mereka jelik dengan Islam, menjauhkan diri dari Islam dan menjadi musuh Islam pula.
Kita ambil contoh nabi junjungan kita yang tidak jemu-jemu berdakwah dan menjelaskan tentang kebenaran Islam kepada umat yang belum tertarik, belum memahami dan masih berpandangan negatif terhadap Islam sehinggalah akhirnya mereka tertarik dan memeluk Islam dengan rela walaupun masih terdapat segelintir kecil yang memang gelap hati mereka yang langsung tidak mahu menerima Islam. Kita kena terimalah nasib mereka yang seperti ini dan serahkan segala rahsia kedegilan mereka itu kepada Allah. Tidak usah kita memandai-mandai menuduh mereka dengan berbagai panggilan atau gelaran yang menyakitkan hati. Tidak perlu malahan ia boleh dianggap berdosa kerana mereka adalah makhluk Allah juga dan Allahlah yang telah menjadikan kehidpan mereka seperti itu. Bahkan perbuatan kita menghina mereka akan membuatkan mereka lebih benci dan memusuhi Islam dan menghina Allah! Ini semua tidak dibenarkan oleh Allah!
Kalau perlu dilaknati mereka hanyalah Allah sahaja yang berhak. Seperti mana kita bila menikmati makanan; jika sedap kita bersyukur; jika tak sedap kita bersyukurlah juga. Jangan pula kita menghina kerana rezeki itu semua datangnya dari Allah, baik sedap mahupun yang tidak sedap! Allah yang menghendaki kita merasai makanan itu maka siapakah kita hendak memperkecilkan rezeki dari Allah itu? Boleh kita dapat rezeki dari pihak lain? So, sedarlah diri kita iaitu hambaNya yang amat lemah sekali ini! Kita bersyukurlah dengan segala nikmat yang telah dilimpahi oleh Ilahi selama ini dan bersedih dengan nasib yang dilalui oleh mereka-mereka yang belum lagi menemui Islam. Alangkah malangnya nasib mereka kerana walau kaya mana pun mereka dan tinggi mana pun kedudukan mereka namun di akhirat nanti, mereka akan diseksa! Segala harta, nama, pangkat dan kuasa tidak lagi bersama mereka. Bayangkanlah...
Salah satu laman web saudara Islam kita yang patut kita layari ialah laman web Harun Yahya. Ini alamatnya: http://www.evolutiondeceit.com/ . Laman web ini dikendalikan oleh Adnan Oktar dan pasukannya yang berpengkalan di Turki. Sangat banyak yang telah dihasilkan oleh mereka untuk faedah penganut Islam, Kristian, Yahudi dan penganut-penganut agama al-Kitab. Silalah layarinya untuk menambah pengetahuan, menguatkan iman dan mematahkan hujah-hujah musuh Islam. Moga-moga cahaya Islam bersinar ke seluruh pelusuk alam. Dan kita mohonlah sangat-sangat dari Allah agar kita tidak pula terpesong dan tersilap langkah lalu terlepas peluang mendapat tempat yang diidam-idamkan di akhirat nanti. Insyaallah.
Monday, June 27, 2011
HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH
Hampir semua film seram dan hantu keluaran tempatan saya tonton sekali sahaja. Sebabnya ialah kerana tidak mencabar minda saya dan selalunya logiknya melampaui perkara yang lazim. Memang betul, bila kata cerita hantu tentulah berkenaan dengan perkara-perkara yang tidak pernah kita lihat. Namun ia mesti ada logiknya juga. Jika hantunya asyik menerpa mangsa, setiap lima minit ia bunuh orang, setiap lima minit ia mengamuk, pada saya itu sudah keterlaluan. Sebenarnya tak ada cerita. Hanya adegan menakut-nakutkan penonton! Itu sahaja.
Tidak dinafikan kisah hantu adalah kisah khayalan dan oleh kerana hantu tu makhluk yang supernatural memang sepatutnya mereka berkelakuan supernatural juga. Itu betul, namun begitu cerita itu mesti berpijak di bumi nyata. Yang paling saya tidak boleh terima jika hantunya hebat sangat, dan asyik membunuh orang sahaja kerjanya! Sekejap-sekejap bunuh! Sekejap-sekejap bunuh! Tiada siapa boleh menghalangnya! Itu dah masuk bab tak masuk akal lagilah tu! Ceritanya jadi tidak sedap lagi. Kalau cdnya anak-anak saya buangkan pun saya tak rasa kesal.
Sebenarnya jalan cerita hantu yang terdapat dalam pasaran bergantung pada kaum atau bangsa yang merekanya. Kaum atau bangsa ini pula dipengaruhi oleh agama yang mereka anuti. Jadi, kekuatan atau kelemahan hantu-hantu dalam wayang itu adalah kepercayaan kaum si penulis skrip dan pengarahnya. Tetapi di Malaysia, oleh sebab kepelbagaian kaum dan bangsa yang hidup di negara ini dan dengan sebab banyaknya cerita-cerita dari barat, China dan India lalu penulis-penulis dan pengarah-pengarah Melayu telah terpengaruh dengan idea luar itu. Lalu banyaklah kita dapat tonton cerita-cerita hantu Melayu sama seperti yang dipertontonkan oleh wayang-wayang dari luar itu! Di sinilah kita dapati hantu-hantu yang ganas dan kebal yang memudarkan minat kita untuk mengulangi menontonnya walaupun di akhir cerita hantunya kalah juga.
Sekarang kita lihat pada HKLBR. Jalan ceritanya mudah tetapi kita tertipu sehingga ke akhir cerita! Begitu hebat si penulis dan si pengarah mengadunkan jalan ceritanya sehingga kita terkelu apabila tiba di hujung cerita. Wayang HKLBR ni saya memang cukup terhibur. Memang ceritanya cerita seram tetapi seram yang menghiburkan. Saya ucapkan setinggi tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat di dalam pembikinan filem itu. Dari awal sehingga ke akhir ceritanya sangat-sangat menggelikan hati! Setanding dengan cerita-cerita P. Ramlee yang bagus-bagus itu. Memang ada kecacatan tetapi teramat sedikit. Tak jemu-jemu menontonnya. Dah 10 kali saya tonton namun setiap kali menonton saya akan tetap ketawa terbahak-bahak. Masalah besar saya ni pula ialah saya ada athma. Bila ketawa besar semput pun datang. Tapi inhaler ada di tangan, bila semput, sedut aje.
Saya ingin kupas dari satu babak ke satu babak cerita HKLBR ni kerana saya ada terbaca di dalam Facebook ada orang yang tak faham mengapa cerita HKLBR ni dipuji ramai. Kesian saya membaca kecacatan yang dialami oleh sebahagian dari kita. Moga-moga setelah dikupas cerita itu, mungkin mereka tercelik dan dapat menikmati keindahan cerita HKLBR itu.
(Akan disambung)

Sunday, May 15, 2011
Kesah Kapal Terbang
Menerbangkan sesebuah kapal terbang bukanlah mudah. Tidak seperti memandu kereta atau motorsikal yang mana jika berlaku masalah pada enjin atau sistem kemudinya mesin itu boleh diberhentikan dengan segera dan diperbaiki di tepi jalan. Kerosakan-kerosakan itu boleh diperbaiki oleh pomen-pomen yang tidak bersekolah pun. Memang tidak ada masalah langsung.
Tetapi berbeza dengan menyediakan sebuah kapal terbang dan menerbangkannya. Perlu amat berhati-hati. Yang paling utama enjin kapal terbang tidak boleh mati semasa dalam penerbangan! Bila enjinnya mati, pada masa itu juga ia kapal terbang itu mula turun. Ia tidak akan naik-naik lagi; jalannya hanya ke bawah! Dalam tempoh satu atau dua minit juruterbang mesti mendapatkan kawasan untuk mendarat. Jika ia berada di atas lapangan terbang pun, arah ia terbang dan ketinggiannya dari aras lapangan terbang itu akan menentukan selamat atau tidaknya kapal terbang itu. Pendek kata, mati sahaja enjinnya, juruterbang serta merta menghadapi krisis yang teruk. Tumpuannya hanya kepada cuba mendaratkan kapal terbangnya dengan selamat. Dia ada masa cuma satu atau dua minit sahaja! Begitulah gentingnya nasib sesebuah kapal terbang apabila enjinnnya mati. Maka dengan itu amat penting prestasi enjin dirawat serapi-rapinya sebelum sesuatu penerbangan itu dimulakan!
Perkara kedua ialah tentang sistem kawalan penerbangan. Bahagian ini terdapat sekurang-kurangnya tiga, iaitu sepasang di sayap, sepasang di ekor mendatar dan satu lagi di bahagian kemudinya. Dalam bahasa Inggeris bahagian yang mengawal kestabilan mereng kiri-kanan kapal terbang itu terletak di hujung sayap kanan dan kiri yang dipanggil 'aileron'. Kemudian bahagian yang menonggeng dan mendongakkan kapal terbang itu terletak di ekor yang mendatar, dipanggil 'stabilizer'.
Perkara yang ketiga ialah bahagian yang mengawal arah tuju kapal terbang itu yang terletak di ekor tegaknya itu. Ia dipanggil 'rudder'. Dengan menggunakan rudder ini juruterbang boleh menuju ke mana sahaja yang diingininya. Dengan ketiga-tiga bahagian kawalan ini sesebuah kapalterbang itu boleh terbang dengan stabil dan selamat. Dengan enjin yang baik dan bahanapi yang bermutu sesebuah kapalterbang itu boleh diterbangkan cukup lama dan menyeronokkan. Tetapi jika salah satu dari bahagian kawalan atau enjin itu tidak boleh berfungsi dengan baik lagi, kapalterbang itu menghadapi saat-saat yang mencemaskan. Berkemungkinan ia akan berkecai mula menjadi kenyataan. Inilah saat-saat yang tidak mahu difikirkan oleh juruterbang. Tetapi apabila ia muncul, hendak tak hendak, terpaksalah dihadapi dengan sebaik yang mungkin.
Suatu perkara yang tidak boleh dipisahkan dari berjaya atau tidaknya sesuatu penerbangan itu dilakukan ialah tentang tahap kemahiran si juruterbang itu sendiri. Jika dia sudah mahir maka setiap penerbangan akan selamat dari mula sehingga kapalterbang itu kembali mendarat. Tetapi jika juruterbang tidak mahir maka kemungkinan penerbangan itu akan berakhir dengan kemusnahan adalah besar sekali. Dengan itu seseorang juruterbang hendaklah cuba memahirkan dirinya secepat yang mungkin. Dia perlu berlatih setiap hari dan belajar dari juruterbang-juruterbang yang sudah mahir. Jika ada kelab penerbangan eloklah setiap juruterbang menyertainya. Di sini juru-juruterbang selalu bertemu dan berbincang. Juruterbang lama boleh menunjukajar kepada juruterbang baru. Ini akan memeriahkan lagi pertemuan kelab penerbangan ini.

Friday, May 6, 2011
Cerita-cerita Seram Tempatan Di Tv dan Panggung Wayang
Akhir-akhir ini saban hari penonton-penonton tv di Malaysia disogokkan dengan cerita-cerita seram atau kata budak-budak, cerita hantu! Kalau tidak Tv1, Tv2 yang siarkan. Kalau tidak Tv2, Tv3 yang siarkan. Kalau tidak stesyen-stesyen itu, Tv4, Tv7, Tv8 atau Tv9 yang siarkan. Kalau ada Astro, ada saja channel tvnya yang sedang menyiarkan cerita seram itu. Cerita-ceritanya ada yang agak seram dan tidak kurang juga yang menggelikan hati dan susah hendak diikuti logiknya.
Tidak kurang pula panggung-panggung wayang turut menayangkan filem-filem seram hasil ciptaan intelek tempatan. Lepas satu, satu penerbitan menghasilkan ciptaan mereka dan ditayangkan di panggung-panggung.
Saya tidaklah hendak pergi secara mendalam tentang cerita-ceritanya itu. Yang saya hendak sentuh ialah tentang rungutan beberapa pihak tentang siaran cerita-cerita seperti itu sehinggakan ada yang mencadangkan agar cerita-cerita seram seperti itu diharamkan dari disiarkan di udara atau di panggung wayang!
Tapi yang kurang enaknya mengenai rungutan-rungutan ini ialah ia ditujukan hanya kepada produksi-produksi tempatan. Filem-filem impot dari serata dunia tidak disentuh pula. Seolah-olah cerita seram tempatan akan mempengaruhi pemikiran orang-orang Islam tempatan sementara filem-filem impot tidak memberi kesan. Begitulah yang dapat saya fahamkan.
Pada pandangan saya kita tidak perlu bertindak drastik begitu dan tidak berat sebelah. Yang utama, pihak yang berwajib perlu memastikan bahawa semua produksi tempatan mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan. Yang gagal mencapai tahap kelulusan yang telah ditetapkan, lesen tidak diberi dan dengan itu ia tidak boleh ditayangkan. Mudah sahaja.
Tidak perlu kita merasa bimbang bahawa cerita-cerita seperti itu akan memesongkan aqidah orang Islam atau sebagainya. Setakat ini apa yang ditayangkan tidak memaparkan secara jelas apa mentera yang dibaca. Setakat "Hei Mambang Tanah, Mambang Air, Mambang Batu..." dan sebagainya, apa kesan yang boleh mempengaruhi pemikiran orang-orang Islam walaupun budak kecil. Mereka akan mengajuk dialog-dialog itu dengan gelak-gelak dan main-main.
Kalau dibimbangi wajah-wajah hantunya agak menakutkan, kita sepatutnya memberi tahniah kepada juru mekap atau juru solek yang telah berhasil melaksanakan tugas mereka dengan sangat baik. Begitu juga dengan penata cahaya, juru kamera dan pengarahnya. Mereka semua sudah ada 'class', bukan lagi amateur!
Jalan ceritanya juga nampaknya sudah matang, iaitu ceritanya tidak terlalu susah hendak difahami; ceritanya tersusun dan boleh diterima oleh logik penonton. Pendek kata kita tidak ditinggalkan dengan terlalu banyak soalan selepas selesai menonton cerita itu. Kita tidak ralat dengan "Mengapa hero tidak buat begitu; mengapa dia buat begini?" Bila terlalu banyak "mengapa" cerita itu tergantung, gagal menyampaikan 'message'nya dan tidak menjadi hiburan lagi. Begitulah yang dirasakan yang membuatkan kita tidak ingin menontonnya lagi. Lebih-lebih lagi apabila penonton merasa sepatutnya satu-satu plot cerita itu tidak diheret terlalu lama sedangkan sepatutnya awal-awal lagi punca penyelesaian sudah ada. Lebih-lebih lagi jika watak-watak penting gugur disebabkan oleh plot yang tidak jelas! Ini akan mengecewakan penonton dan filem itu tidak akan ditonton lagi!
Paling saya tidak gemar bila hantu jembalangnya terlalu kebal. Saya percaya manusia mempunyai kekuatan dan ketabahan yang lebih tinggi dari hantu-hantu jembalang itu. Tambahan pula bila manusi itu seorang yang alim, warak, cekal dan tinggi ilmu agamanya. Saya tidak percaya orang yang seperti itu boleh kalah kepada hantu jembalang. Jadi jika plot ceritanya menjurus ke arah itu, logik saya tidak dapat menerimanya!
(Akan disambung lagi...)

Subscribe to:
Comments (Atom)